BERITA SEMASA

Jasad kru jet ski jatuh laut ditemukan petang tadi

LANGKAWI – Jasad kru jet ski yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut di perairan Pulau Tepor, di sini semalam, berjaya ditemukan, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin, jasad Arash Nashran Abdul Maser, 23, ditemukan orang awam yang menaiki jetski di lokasi terbabit.

BACA JUGA:
Operasi mencari kru jet ski berdepan kesukaran susulan cuaca kurang baik

“Jasad mangsa ditemukan kira-kira pukul 6 petang tadi oleh orang awam kira-kira 100 meter dari kawasan Allahyarham dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Menurutnya, pengesahan kematian disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.

Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada pukul 7 petang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button