BERITA SEMASA

Kanak-kanak autistik hilang ditemui selamat

PADAWAN – Seorang kanak-kanak autistik yang sebelum ini dilaporkan hilang dari rumah keluarganya semalam, berjaya ditemui dalam keadaan selamat, petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, kanak-kanak berusia enam tahun itu dijumpai kira-kira pukul 5.15 petang tadi.

“Kanak-kanak itu dijumpai di tebing sungai pada jarak lebih kurang 200 meter dari rumahnya.

“Dia telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Irwan turut menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak berkenaan.

Laporan media sebelum ini menyebut, kanak-kanak itu dilaporkan hilang dari rumahnya di Jalan Kim Chu Sin, Batu Kawa kira-kira pukul 4.15 petang semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button