LUAR NEGARA

Helikopter hilang ditemukan terhempas, semua mangsa terbunuh

KALIMANTAN SELATAN – Kesemua penumpang dan juruterbang BK117-D3 yang sebelum ini dilaporkan hilang di sekitar Air Terjun Mandin Damar di daerah Mantewe, Tanah Bumbu, kelmarin ditemukan terbunuh.

Pasukan mencari berjaya menemukan bangkai helikopter milik syarikat penerbangan Eastindo itu di sebuah kawasan yang sukar diakses di kawasan hutan pergunungan Meratus.

Seorang sukarelawan SAR, Ilham berkata, pemandangan yang dilihat amat memilukan apabila ada mayat yang masih utuh manakala sebahagian lagi hangus terbakar.

“Kami menemui dua jenazah masih utuh manakala tiga lagi ditemui rentung di dalam pesawat. Semuanya sudah meninggal dunia,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Pengarah Operasi Basarnas, Laksamana Pertama Yudhi Bramantyo, pula memaklumkan seorang mangsa ditemui pada jarak kira-kira 100 meter dari bangkai helikopter petang semalam.

“Pemerhatian awal mendapati terdapat lagi mangsa di dalam badan helikopter, namun jumlahnya belum dapat dipastikan berikutan hujan lebat dan keadaan gelap. Helikopter berada dalam keadaan terbakar,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button