Dua maut helikopter bertembung ketika padam kebakaran hutan di Greece
ATHENS – Dua maut selepas terlibat dalam nahas pertembungan dua helikopter ketika menjalankan operasi memadam kebakaran hutan di Greece, semalam.
Mangsa yang terkorban adalah seorang juruterbang warga Denmark dan seorang pegawai penyelaras Jabatan Bomba Greece.
Sementara itu, seorang juruterbang warga Britain dan seorang lagi penyelaras warga Greece yang berada di dalam sebuah lagi helikopter terselamat selepas pendaratan cemas.
Rakaman video kejadian yang berlaku kira-kira 65 kilometer di barat Athens menunjukkan helikopter jenis Bell dengan sebuah lagi helikopter sebelum terhempas ke dalam gaung.
Menurut Jabatan Bomba Greece, kedua-dua helikopter berkenaan disewa bagi operasi memadam kebakaran besar di sempadan wilayah Attica dan Boeotia yang memaksa pemindahan besar-besaran penduduk.
Selain Greece, beberapa negara Eropah seperti Sepanyol, Itali dan Turkiye turut berdepan kebakaran hutan pada skala besar akibat gelombang haba berpanjangan.
Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis, menzahirkan rasa dukacita terhadap nahas itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Menerusi hantaran di platform X, beliau berkata pemergian pegawai penyelaras Greece dan juruterbang Denmark itu merupakan satu kehilangan besar. -AGENSI
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








