BERITA SEMASA

Perolehan sewaan 28 helikopter teratur, bersandarkan keperluan – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Perolehan menggunakan pendekataan sewaan bagi perkhidmatan 28 helikopter kepada pelbagai agensi kerajaan adalah teratur dan bersandarkan keperluan.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kelebihan-kelebihan pendekatan itu telah beliau hujahkan semasa sesi penggulungan Belanjawan 2025 (Peringkat Dasar) yang lalu.

Pada masa sama katanya, ia juga telah disentuh oleh Perdana Menteri semasa menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada 28 November 2024.

“Walau bagaimanapun, perkara ini akan turut diulas dan dijawab sekali lagi oleh saya semasa sesi penggulungan kementerian bagi perbahasan kali ini yang dijadualkan pada 20 Februari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berkaitan sewaan 28 helikopter jenis AW139 bernilai RM16.6 bilion akan dijelaskan oleh Menteri Pertahanan.

Anwar berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan wujudnya skandal baharu berkaitan sewaan helikopter terbabit.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa wujud skandal baharu terpalit kerajaan berkaitan sewaan 28 helikopter jenis AW139 yang bernilai RM16.6 bilion.

Ahli Parlimen Larut ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, semalam mempersoalkan mengapa sewaan helikopter berkenaan begitu mahal sedangkan negara lain boleh saja membelinya dengan harga lebih rendah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button