LUAR NEGARA

Helikopter bawa 8 penumpang, juruterbang hilang, dikhuatiri terhempas

BANJARBARU – Sebuah helikopter BK 117-D3 yang membawa lapan penumpang termasuk dua juruterbang dilaporkan hilang setelah terputus hubungan di Daerah Mantewe, Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan.

Menurut portal Tempo, tiga daripada penumpang helikopter tersebut merupakan warga asing, masing-masing satu daripada Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil.

Ketua Pejabat Basarnas Banjarmasin, I Putu Sudayana berkata, kali terakhir lokasi helikopter itu dikesan ialah kira-kira empat kilometer dari Air Terjun Mandin Damar.

“Pasukan penyelamat Batulicin dan anggota dari pejabat Basarnas Banjarmasin bergerak ke titik terakhir pada pukul 12.20 waktu tempatan dan dijangka tiba pada pukul 19.20 waktu tempatan,” katanya semalam.

Beliau memaklumkan, operasi pencarian mungkin berdepan cabaran akibat hutan tebal dan keterbatasan komunikasi di kawasan tersebut.

Helikopter dengan nombor pendaftaran PK-RGH itu berlepas dari Lapangan Terbang Gusti Sjamsir Alam, Kotabaru, Kalimantan Selatan dengan destinasi akhir Palangkaraya, Kalimantan Tengah.

Menurut senarai penumpang Basarnas Banjarmasin, helikopter tersebut membawa dua juruterbang dan enam penumpang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button