Dua helikopter bertembung di udara, seorang maut di New Jersey
NEW JERSEY – Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dua buah helikopter bertembung di udara dalam satu kejadian di ruang udara South Jersey, Amerika Syarikat, kira-kira pukul 11.30 pagi waktu tempatan.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kedua-dua helikopter itu sedang terbang di kawasan Hammonton Township sebelum bertembung.
“Rakaman video kejadian menunjukkan salah sebuah helikopter menjunam ke tanah, manakala sebuah lagi terbakar sebaik sahaja terhempas.
“Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 48 kilometer di tenggara Philadelphia dan berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh singkat,” kata polis.
Mangsa yang terlibat belum dikenal pasti secara rasmi, namun pihak penyiasat mengesahkan hanya juruterbang berada di dalam kedua-dua pesawat ketika kejadian.
Juruterbang yang terselamat dikejarkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan kritikal.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memaklumkan, kemalangan itu melibatkan sebuah helikopter jenis Enstrom F-28A dan sebuah Enstrom 280C, yang kedua-duanya beroperasi berhampiran Lapangan Terbang Perbandaran Hammonton.
FAA bersama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Kemalangan helikopter di udara jarang berlaku, namun insiden terbaharu itu mengingatkan kepada nahas pada Januari lalu apabila sebuah helikopter tentera bertembung dengan pesawat American Airlines di Washington, yang mengorbankan kesemua 64 penumpang pesawat serta tiga kru helikopter.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








