BERITA SEMASA

Helikopter PDRM terhempas di Sungai Pulai, 5 cedera – CAAM

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter jenis AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam satu kemalangan udara berhampiran Sungai Pulai di Gelang Patah, Johor, hari ini.

Menurut CAAM dalam satu kenyataan sebentar tadi, helikopter tersebut bernombor pendaftaran 9M-PHG berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pukul 9:51 pagi dan membawa lima individu termasuk juruterbang.

“Sejurus kejadian, kelima-lima individu yang terlibat berjaya diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin dan dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Johor.

“Mereka kini sedang dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru untuk pemeriksaan dan rawatan perubatan,” kata kenyataan itu.

CAAM berkata, siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button