Polis tahan lelaki pandu CRV lawan arus di Petaling Jaya
KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki selepas memandu kenderaannya secara melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan kejadian pukul 1.15 tengah hari.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pukul 11.28 pagi membabitkan sebuah kereta jenis Honda CRV berwarna merah.
“Kenderaan tersebut dipandu secara melawan arus sebelum terbabit kemalangan dengan beberapa kenderaan lain yang melalui jalan berkenaan.
“Semua pemandu tidak cedera manakala pemandu Honda CRV berkenaan ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohammad Najib Mohd Azaman melalui talian 012-3526147 bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








