BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Paip gas bocor di tapak projek ECRL Kerteh

KEMAMAN – Saluran paip gas butane dilaporkan bocor di tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, berhampiran Kerteh, Terengganu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, pihaknya menerima laporan insiden itu kira-kira jam 9.53 pagi.

Menurutnya, kebocoran berkenaan berlaku kira-kira dua kilometer dari laluan utama dan tidak membabitkan kawasan perkampungan atau kediaman penduduk.

Kejadian paip gas bocor dilaporkan berlaku di tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen Lima, dekat Kerteh, pagi tadi.

“Bagi tujuan keselamatan, kawasan kejadian ditutup sepenuhnya kepada orang ramai serta pekerja projek. Bekalan gas di saluran yang terlibat juga sudah dihentikan buat sementara waktu sehingga kerja penyelenggaraan selesai dijalankan oleh kontraktor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razi memaklumkan, polis turut menutup laluan utama Kerteh–Ranggon kepada semua jenis kenderaan dan mengaktifkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk pemantauan rapi.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan serta mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan.

“Sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di talian 09-8592222,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button