Nahas pesawat kargo UPS di Kentucky ragut 11 nyawa
KENTUCKY – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh selepas pesawat kargo milik United Parcel Services (UPS) terhempas ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Muhammad Ali, Louisville, semalam.
Gabenor Kentucky, Andy Beshear berkata, angka korban dijangka meningkat dan turut melibatkan seorang kanak-kanak.
Pesawat jenis MD-11F itu dilapor meletup sejurus berlepas sekitar pukul 5.15 petang (waktu tempatan) selepas enjin kirinya terbakar dan tercabut dari sayap.
Nahas itu menyebabkan kebakaran besar serta kepulan asap tebal memenuhi ruang udara, manakala beberapa individu cedera akibat terbakar dan terkena serpihan logam. Tiga anak kapal turut disahkan terkorban.

Rakaman CCTV menunjukkan enjin tercabut ketika pesawat sedang memecut di landasan sebelum ia terangkat dan merempuh beberapa premis berhampiran.
Dua bangunan musnah, termasuk syarikat kitar semula petroleum.
Pasukan penyiasat telah menemui perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan untuk dianalisis.
Punca sebenar masih disiasat oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).
Gabenor Beshear mengisytiharkan darurat negeri bagi mempercepatkan operasi mencari mangsa dan mengurus kebakaran.
UPS dalam kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menghentikan sementara operasi di pusat logistik utamanya, Worldport.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








