LUAR NEGARA

Pesawat kargo UPS terhempas, sekurang-kurang 4 maut

LOUISVILLE – Sekurang-kurangnya empat maut manakala 11 lagi cedera apabila sebuah pesawat kargo UPS terhempas sejurus berlepas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville Muhammad Ali, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Gabenor Kentucky, Andy Beshear, angka kematian dijangka meningkat, lapor The Guardian.

Jangkaan itu berdasarkan beberapa siri kebakaran di kawasan industri bersebelahan lapangan terbang, akibat nahas berkenaan,

Pesawat model McDonnell Douglas MD-11 itu dalam perjalanan ke Honolulu, Hawaii, membawa tiga kru dan terhempas sekitar pukul 5.15 petang waktu tempatan, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Saluran TV WLKY, rakan rangkaian CBS, menyiarkan rakaman video semasa nahas berlaku.

Pesawat itu dilihat berlepas dengan sayap sebelah kirinya terbakar menyebabkan pesawat kehilangan kuasa lalu meletup apabila menghentam bumi.

Beberapa bangunan di kawasan industri di luar landasan turut terbakar, dengan asap hitam tebal menjulang ke langit.

Nahas berlaku berhampiran dua premis perniagaan iaitu sebuah pusat kitar semula petroleum yang terkena hentaman secara langsung, dan sebuah kedai alat ganti kereta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button