BERITA SEMASALUAR NEGARA

Laporan pesawat UPS terhempas dapati enjin tercabut, terbakar sebelum nahas

WASHINGTON – Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) mendedahkan salah satu daripada enjin pesawat kargo UPS tercabut daripada sayap sebelum terbakar dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muhammad Ali, di Lousville, Kentucky pada 4 November lalu.

Insiden yang berlaku selepas beberapa saat pesawat MD-11 itu berlepas mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan 23 yang lain termasuk penduduk di kawasan pesawat terhempas.

Gambar yang dikongsikan menunjukkan enjin pesawat yang dalam penerbangan ke Hawaii itu tercabut sebelum menghentam badan pesawat sebelum meletup.

Menurut laporan, pesawat yang tidak sempat naik lebih paras 30 kaki itu turut menghentam bumbung sebuah gudang UPS berhampiran.

NTSB dalam laporan awal turut mendedahkan kewujudan retakan serta beberapa tanda kegagalan tekanan pada salah satu tempat pemasangan enjin di sayap kiri.

Bahagian bearing yang menahan sambungan itu juga didapati mengalami keretakan.

Selain itu, laporan turut menyebut pemeriksaan khas pada bahagian pemasangan enjin yang sepatutnya dibuat bagi setiap 29,200 kitaran tidak dilaksanakan.

Tiga yang terbunuh adalah juruterbang dan 11 orang awam yang berada di kawasan kejadian.

 

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button