BERITA SEMASA
Helikopter doktor udara terhempas di Marudi
CYBERJAYA – Sebuah helikopter milik syarikat penerbangan berpangkalan di Miri dimaklumkan terhempas di Long Lellang Airport, Marudi Sarawak, hari ini.
Kejadian tersebut disahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
“CAAM menerima makluman berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pukul 3.58 petang tadi.
“Helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF tersebut sedang menjalankan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara dengan membawa lima individu termasuk juruterbang,” kata CAAM dalam kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, nasib limaĀ individu termasuk juruterbang yang terlibat dalam nahas berkenaan masih tidak dapat dipastikan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








