
Nahas pesawat bertembung di udara: 19 jasad mangsa ditemukan
WASHINGTON – Pasukan penyelamat dilaporkan telah menemukan 19 jasad mangsa nahas pesawat American Airlines 5342 yang bertembung dengan helikopter tentera, pagi tadi.
NBC Washington, yang memetik dua sumber rapat dengan usaha mencari melaporkan bahawa “pasukan mencari dan menyelamat telah menemukan jasad mangsa yang terkorban dalam nahas itu,” dengan BBC melaporkan jumlah jasad yang ditemukan adalah 19.
Ketika kejadian, pesawat itu membawa 60 penumpang dan empat anak kapal, manakala helikopter tentera jenis Sikorsky S-60 Black Hawk itu dikendalikan tiga anak kapal.
Sementara itu, Persatuan Luncur Ais AS dalam satu kenyataan berkata, beberapa ahli pasukannya termasuk atlet dan jurulatih, berada dalam penerbangan tersebut.
Pesawat itu telah berlepas dari Wichita, Kansas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















