LUAR NEGARA

Menteri Pengangkutan Korea Selatan mahu letak jawatan

SEJONG – Menteri Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-woo mahu meletak jawatan susulan nahas pesawat Boeing 737-800 milik Jeju Air yang meragut 179 nyawa, 29 Disember lalu.

Menurut media tempatan, Sang-woo bagaimanapun berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadap industri penerbangan republik itu, sebelum memilih masa yang tepat untuk melepaskan jawatannya.

Beliau turut mengumumkan rancangan mempercepat penambahbaikan sistem pendaratan lapangan terbang, khususnya ‘localiser’ yang dianggap menjadi salah satu faktor penyumbang kepada nahas tersebut.

Nahas Jeju Air penerbangan 7C2216, dari Bangkok ke Muan terhempas selepas gagal mendarat dengan sempurna.

Pendaratan dilakukan tanpa roda itu menyebabkan pesawat malang itu meluncur keluar dari landasan, lalu terbakar selepas melanggar tembok di hujung landasan.

Sementara itu, Sang-woo turut mengesahkan data perakam suara kokpit pesawat malang itu telah diekstrak, manakala perakam data penerbangan yang rosak telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk dianalisa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button