Nasib aktivis dalam kapal Alma, Surius dan Adara masih jadi tanda tanya sejak ditahan Israel – GSF
KUALA LUMPUR – Beberapa buah kapal dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah dipintas secara haram oleh pasukan Tentera Laut Israel semalam sekitar jam 8.30 malam waktu Gaza.
Menurut Global Sumud Flotilla dalam satu kenyataan, kapal terbabit termasuk Alma, Surius dan Adara yang membawa aktivis serta bekalan kemanusiaan menuju ke Gaza.
“Kapal Tentera Laut Israel didakwa sengaja merosakkan sistem komunikasi kapal bagi menghalang penghantaran isyarat kecemasan dan menghentikan siaran langsung insiden pencerobohan itu.
“Selain kapal yang disahkan telah dipintas, hubungan komunikasi dengan beberapa kapal lain turut terputus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, usaha sedang giat dijalankan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai semua peserta, anak kapal serta status kapal-kapal terlibat.
Sementara itu, kenyataan itu turut menyifatkan tindakan Israel sebagai serangan haram terhadap sukarelawan kemanusiaan yang tidak bersenjata di perairan antarabangsa.
Sehubungan itu, pihaknya menyeru dunia, pemimpin antarabangsa dan institusi global agar mendesak pembebasan segera semua yang ditahan serta menjamin keselamatan mereka.
“Walaupun sebahagian kapal telah dipintas, Global Sumud Flotilla dilaporkan masih berada kira-kira 70 batu nautika dari pesisir Gaza dan bertekad meneruskan misi mereka tanpa gentar,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








