BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Myvi hangus disambar ekzos berapi

KLANG – Pertunjukan kereta yang diadakan di kawasan parkir sebuah pasaraya di Telok Panglima Garang dekat sini malam tadi bertukar cemas apabila dua buah kereta disambar api dari ekzos kereta yang diubah suai.

Melalui video yang tular di media sosial, sebuah kereta terbakar selepas kereta bersebelahan dengannya mengeluarkan ‘tembakan’ api dari lubang ekzos.

Api yang menyambar bahagian bonet belakang kereta itu bagaimanpun terus marak ekoran ketiadaan alat pemadam api dalam kalangan pemilik kenderaan berhampiran.

Akibat kejadian itu, sebuah kereta Perodua Myvi rosak 90 peratus manakala Toyota Vios mengalami sedikit kerosakan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.25 malam dengan empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, bomba yang tiba 12 minit kemudiannya mendapati dua buah kereta telah terbakar.

“Kebakaran berjaya dipadamkan pihak bomba dan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu. Punca dan jumlah kerugian dalam masih siasatan,” katanya hari ini.

Dalam video yang tular sejak malam tadi itu, orang ramai mengkritik aspek keselamatan yang diabaikan bahkan tidak kurang juga yang menuduh kejadian itu seperti disengajakan.

“Nampak macam api menyambar minyak yang dicurah di lantai, tak mungkin api dari ekzos menyambar dengan mudah.

“Ini sememangnya kerja bodoh. Dah tahu ekzos macam naga, takkan pemadam api pun tak ada,” ujar pengguna X.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button