BERITA SEMASA

Menteri Agama seru adakan solat hajat, qunut Nazilah untuk rakyat Palestin di Gaza

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menyeru umat Islam di Malaysia mengadakan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah sebagai tanda solidariti buat rakyat Palestin di Gaza.

menteri agama
Mohd Na’im meminta seluruh masjid dan surau di bawah JAKIM dan JAWI menganjurkan program solat hajat dan bacaan qunut Nazilah untuk rakyat Palestin di Gaza. 

Melalui satu kenyataan media hari ini, Mohd Na’im meminta seluruh masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menganjurkan program tersebut.

“Dalam tempoh yang amat kritikal ini rejim Zionis sedang menggandakan serangan dan tekanan ke atas bumi Gaza yang telah sekian lama dizalimi.

“Justeru, sebagai umat Islam yang prihatin dan bersaudara, marilah kita bersatu hati memohon pertolongan Allah SWT agar melindungi saudara-saudara kita di sana daripada sebarang bentuk kezaliman dan kemusnahan,” katanya.

BACA : Mahasiswa USIM perjuang isu Palestin, anjur konvoi dan himpunan aman

Beliau turut menyeru semua imam-imam masjid dan surau JAKIM serta JAWI untuk memimpin Qunut Nazilah dalam solat berjemaah, terutamanya pada solat Subuh, Maghrib dan Isyak serta memperbanyakkan doa-doa khusus untuk keselamatan rakyat Palestin serta pembebasan bumi Al-Quds.

“Semoga usaha ini menjadi manifestasi solidariti umat Islam Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin dan mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button