BERITA SEMASA

Rakyat Terengganu diarah laksana solat hajat khas doakan kesihatan Sultan Mizan

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengarahkan semua masjid dan surau di seluruh Terengganu mengadakan solat hajat khas bagi mendoakan kesejahteraan serta kesihatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurut JHEAT, solat hajat di semua masjid akan diadakan selepas solat Jumaat esok, manakala surau di seluruh negeri akan melaksanakannya selepas solat Isyak pada hari yang sama, bersamaan 9 Safar 1448 Hijrah.

“Pelaksanaan solat hajat itu bertujuan memohon ke hadrat Allah SWT agar Sultan Mizan dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.

“Sehubungan itu, JHEAT meminta kerjasama semua jawatankuasa pengurusan masjid dan surau supaya melaksanakan arahan berkenaan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Dalam pada itu, jabatan itu turut menyeru seluruh rakyat Terengganu untuk hadir bersama-sama menjayakan majlis solat hajat tersebut sebagai tanda solidariti dan doa buat baginda.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button