BERITA SEMASA

Terengganu umum Isnin cuti gantian

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Isnin sebagai cuti gentian dan bukannya cuti peristiwa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil berkata, tiada keputusan baharu berkaitan dengan cuti peristiwa dibincangkan pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.

Sehubungan itu, ketetapan cuti yang diperuntukkan adalah mengikut ketetapan biasa iaitu cuti gentian yang dibawa kepada Isnin.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh hari raya Aidilfitri adalah esok dan cuti gantian esok diganti kepada Isnin,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tengku Farok berkata, kerajaan negeri berpuas hati dengan pengurusan mengelak kesesakan lalu lintas yang diambil pelbagai agensi penguatkuasa di negeri itu.

Tambahnya, walaupun jumlah kenderaan dijangka meningkat sehingga 75,000 di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), keadaan trafik masih terkawal tanpa kesesakan teruk berlaku.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button