BERITA SEMASA

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

KUALA LUMPUR – Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada esok, 31 Mac.

Pengumuman itu dibuat oleh

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 31 Mac 2025,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Keputusan menetapkan Hari Raya Puasa (Aidilfitri) 2025 bersamaan 1446 Hijrah adalah berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur rukyah (kebolehnampakan) dan menurut hitungan falak, ijtimak (bulan baharu) Syawal.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada 2 Mac lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button