POLITIK

MCA gesa BN ketepi perselisihan faham, gerakkan jentera hadapi pilihan raya

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menggesa Barisan Nasional (BN) supaya mengenepikan perselisihan dalaman dan segera menggerakkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan kekuatan sendiri.

Beliau menegaskan, MCA komited dengan semangat dan gerak kerja gabungan itu dan menyatakan partinya telah lama menerima tindakan kontroversi sesetengah pemimpin parti komponen sebagai “harga yang perlu dibayar dalam politik gabungan” demi mengekalkan perpaduan dalam BN, lapor NST.

“Walaupun pada masa lalu kata-kata dan tindakan beberapa pemimpin daripada parti komponen menimbulkan salah faham serta kritikan terhadap MCA dalam kalangan masyarakat Cina, kami menerimanya sebagai harga (yang perlu dibayar dalam) politik gabungan dan tidak pernah mengkhianati rakan sekutu.

“BN mesti segera menggerakkan serta memperkukuh jentera di semua peringkat untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang di bawah panji sendiri bagi memperoleh mandat langsung daripada rakyat,” katanya ketika berucap di Wisma MCA, hari ini.

Wee turut mengesahkan MCA “pasti” akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dan kini sedang membuat persiapan sepenuhnya.

Beliau bagaimanapun berkatam parti itu akan terlebih dahulu memberi tumpuan kepada pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor dengan sasaran menambah jumlah kerusi berbanding pilihan raya lalu.

Sebagai rekod, MCA menduduki dua kerusi DUN di Melaka dengan UMNO menduduki 18 kerusi manakala MIC satu kerusi.

Di Johor pula, MCA menduduki empat kerusi, UMNO 33 kerusi manakala MIC pula tiga kerusi DUN.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button