PRN Sabah: BN umum empat lagi calon bertanding
KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini mengumumkan penambahan empat calon baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Penambahan itu menjadikan jumlah calon BN pada PRN Sabah kali ini kepada 45 orang.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti perkembangan terkini dan hasil rundingan yang telah diperhalusi
Pada masa yang sama, katanya, pertambahan itu bagi memastikan representasi parti lebih menyeluruh serta berimbang.
“Kerusi-kerusi tambahan ini diputuskan selaras dengan aspirasi BN untuk memastikan representasi yang lebih menyeluruh, berimbang dan strategik, sesuai dengan keperluan rakyat serta dinamika politik negeri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Empat calon tambahan yang diumumkan ialah Willey Lampaki bagi kerusi DUN N.06 Bandau, Rahmah Jan Sulaiman (N.43 Kemabong), Datuk Chin Kim Hiung (N.54 Karamunting) dan Chaya Sulaiman (N.70 Kukusan).
BACA JUGA
PRN Sabah: ‘Bikin Balik Sabah’ pembakar semangat BN
PRN Sabah: BN umum calon di 41 kerusi ditandingi
PRN Sabah: BN tampil dengan wajah baharu, tenaga baharu dan harapan besar
Bung Moktar menjelaskan, penambahan itu turut mencerminkan komitmen berterusan BN Sabah untuk memastikan setiap kawasan pilihan raya mendapat khidmat terbaik daripada calon-calon berwibawa serta bersedia menggalas amanah rakyat.
Ahad lepas, BN Sabah mengumumkan senarai 41 calon, dengan lebih 30 peratus calon muda.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








