JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat ibu, anak lelaki ditemukan di rumah

SUNGAI PETANI – Seorang ibu warga emas dan anak lelakinya ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah di kawasan Bedong, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.05 petang.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di lokasi menemui mayat lelaki berusia lingkungan 40-an dan wanita berusia 70-an di ruang tamu serta dapur rumah berkenaan.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan akibat senjata tajam pada kedua-dua mangsa.

“Pasukan polis terpaksa memecah masuk rumah kerana pintu berkunci dari dalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat yang dijalankan hari ini.

Tambahnya, kedua-dua mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam sebelum ditemukan.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button