BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Bapa maut, dua anak cedera kemalangan tiga kenderaan di LPT2 Chukai

CHUKAI – Seorang bapa maut selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 290 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, petang semalam.

Kemalangan kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah treler membawa muatan batu bata, sebuah pikap Mitsubishi Triton dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di LPT 2, semalam. Foto : Suara Timur.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Rosli Yusuf, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan dalaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler membawa muatan batu bata, sebuah pikap Mitsubishi Triton dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Menurutnya, siasatan awal mendapati treler yang berada di lorong kiri dipercayai hilang kawalan sebelum menghimpit pikap dipandu mangsa di lorong kanan.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbabit melanggar besi penghadang jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Pada masa sama, sebuah SUV dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh bahagian kiri pikap,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, insiden berkenaan turut menyebabkan treler terbabit terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter.

Difahamkan, mangsa yang bertugas sebagai penolong juruteknik ketika kejadian sedang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Kampung Payoh.

Dalam pada itu, dua anak mangsa masing-masing berusia 15 dan 23 tahun mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Kemaman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button