Lelaki didakwa cederakan anak lelaki 13 tahun
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki berusia 49 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13 tahun, bulan lalu.
Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja mencederakan anaknya di sebuah rumah di daerah ini pada pukul 9.30 pagi, 12 April lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Namun, di bawah Seksyen 326A, tertuduh boleh dikenakan hukuman dua kali ganda daripada tempoh maksimum Seksyen 323.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ely Nazihah Ahmad Yunus, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








