BERITA SEMASA

Lima cedera dalam nahas dua kenderaan

SEKINCHAN – Lima individu cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Leman, Jalan Haji Sirat di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.49 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan dan Tanjong Karang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan tersebut membabitkan sebuah lori tiga tan dan sebuah kereta Toyota Vios yang dipercayai bertembung dalam kejadian berkenaan.

“Dua mangsa di dalam lori iaitu lelaki berusia 50 tahun mengalami patah tangan kanan dan luka di kaki, manakala seorang lagi lelaki berusia 20 tahun cedera di kaki kiri.

“Tiga lagi mangsa dalam kereta turut mengalami kecederaan termasuk dua wanita berusia 54 dan 27 tahun yang masing-masing cedera di kepala serta patah kaki kiri,” memetik Buletin TV3 online.

Beliau berkata, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba pada jam 3.50 petang sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan menggunakan peralatan khas penyelamat,” katanya lagi.

Difahamkan, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button