BERITA SEMASA

Bot TLDM hilang kawalan ketika raptai LIMA’25

LANGKAWI – Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hilang kawalan ketika menjalani raptai demonstrasi keupayaan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), petang tadi.

Menurut TLDM, insiden tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan parah dalam kalangan kru bot.

“Kru yang terlibat dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari dalam satu kenyataan berkata, kemalangan itu berlaku sekitar pukul 4.34 petang.

“Insiden melibatkan sebuah bot pasukan keselamatan yang sedang membuat latihan dinaiki lima pegawai dan anggota melanggar sebuah bot pelancongan awam yang berikat berhampiran pantai. Dua anggota pasukan keselamatan telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Tiada sebarang kecederaan membabitkan orang awam. Pihak polis masih belum menerima sebarang laporan polis setakat ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button