Lima cedera selepas SUV terbabas ke dalam gaung di Machang
MACHANG – Lima individu cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter di Jalan Machang-Kuala Krai di sini, awal pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Fadzil Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.01 tengah malam.
Menurut beliau, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira 15 minit kemudian untuk menjalankan operasi menyelamat.
“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah Toyota Corolla Cross terbabas ke dalam gaung sedalam tujuh meter.
“Kemalangan itu melibatkan lima mangsa iaitu tiga lelaki dan dua wanita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, dua mangsa yang tersepit, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita, berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas menyelamat.
“Manakala tiga lagi mangsa turut mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut,” katanya lagi.
Kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















