RISDA diberi tanggungjawab pastikan harga getah tidak kurang RM5 sekilogram menjelang akhir 2027
SEREMBAN – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) diarah supaya mencari mekanisme terbaik bagi memastikan harga minimum getah mencecah RM5 sekilogram menjelang akhir tahun 2027.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran itu perlu dicapai bagi menjamin harga yang lebih bermaruah serta mampu meningkatkan taraf sosioekonomi 508,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.
“Pada akhir tahun 2027… cari jalan pastikan harga minimum getah RM5. Itulah harga yang bermaruah.
“Itulah harga yang boleh mempertingkatkan status sosioekonomi pekebun-pekebun kecil. Ini arahan yang mesti dilaksanakan oleh pengurusan RISDA untuk terus membela nasib pekebun kecil,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Program Konvensyen Pekebun RISDA Zon Tengah 2026, di sini hari ini.
Menurutnya, usaha meningkatkan harga getah tidak boleh hanya bergantung kepada turun naik pasaran komoditi dunia, sebaliknya memerlukan campur tangan kerajaan melalui strategi pemasaran yang lebih berkesan serta pembangunan industri hiliran.
Sehubungan itu, beliau berkata, RISDA akan diperkasakan sebagai pembeli utama getah bagi menyediakan pilihan pasaran yang lebih baik kepada pekebun kecil, selain membantu menstabilkan harga komoditi berkenaan.
Pada masa sama, kerajaan mahu mengurangkan kebergantungan terhadap penjualan getah mentah dengan memperluaskan pengeluaran produk separuh siap dan produk akhir yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















