Lelaki mati ditembak rakan ketika memburu
SRI AMAN — Seorang lelaki maut dipercayai ditembak secara tidak sengaja oleh rakannya ketika keluar memburu di kawasan hutan Sungai Dor, Melugu, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintendan Dennis Bunyam berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 5.30 petang ketika mangsa berusia dalam lingkungan 40-an menyertai aktiviti memburu bersama seorang rakan.
“Mangsa dipercayai terkena tembakan di bahagian kepala selepas disangka haiwan buruan oleh suspek. Pemeriksaan pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki lesen senjata api yang sah bagi tujuan memburu.
“Polis turut merampas selaras senapang patah yang dipercayai digunakan dalam kejadian bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan menyebabkan kematian tanpa niat serta mengikut peruntukan di bawah Akta Senjata 1960.
Pihak polis menasihatkan orang awam mematuhi undang-undang berkaitan pemilikan dan penggunaan senjata api, terutamanya ketika menjalankan aktiviti seperti memburu, bagi mengelakkan tragedi seumpama ini berulang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







