JENAYAH & MAHKAMAH

Masak mi segera di stesyen minyak, empat didenda RM500

BENTONG – Empat individu yang terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Kesemua mereka dituduh bersama-sama mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24; Nur Anis Salleh, 24; dan Nur Azira Azman, 23, didakwa memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands pada 12 Mei lalu sehingga boleh membahayakan keselamatan diri orang lain.

Majistret Nadhratun Naeiem Zainan mengarahkan kesemua tertuduh membayar denda RM500.

Pendakwaan dijalankan Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Semalam, Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, 15 individu termasuk lima wanita berusia 23 hingga 28 tahun ditahan selepas hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, kelmarin.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis setelah selesai memberi keterangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button