BERITA SEMASA

Mana satu betul, Radzi Jidin persoal diesel diterima Filipina dari Malaysia atau bukan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin meminta kerajaan menjelaskan mengenai kenyataan Jabatan Tenaga Filipina yang mengesahkan negara tersebut menerima penghantaran 52.311 juta liter diesel dari Malaysia.

Beliau berkata, percanggahan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Filipina dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menyebabkan rakyat tertanya-tanya dan keliru. 

“Semalam Petronas mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan syarikat tersebut dalam pembekalan diesel ke Filipina, MTEN pula mengeluarkan kenyataan bahawa diesel yang dihantar ke Filipina bukan dari Malaysia.

“Menariknya, kenyataan rasmi Jabatan Tenaga Filipina semalam mengesahkan bahawa kerajaan Filipina menerima penghantaran 52.311 juta liter diesel dari Malaysia.

“Selain itu, semakan hantaran di Facebook menggunakan nama Sharon S Garin iaitu Menteri Tenaga Filipina
menjelaskan bahawa sebanyak 52.311 juta liter minyak diesel telah dibeli oleh Filipina daripada Malaysia,” katanya hari ini.

Sehubungan itu beliau memohon kerajaan untuk merungkaikan perkara itu.

Katanya, sekiranya kenyataan kerajaan Filipina itu tidak tepat, kerajaan Malaysia perlu memperbetulkannya.

“Dalam keadaan seluruh dunia cuba mendapatkan bekalan diesel, 52.311 juta liter itu amat bermakna untuk mana-mana negara sekalipun,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button