
Malaysia tangkis provokasi Myanmar kemenangan bergaya
KUALA LUMPUR – Provokasi dilancarkan pihak lawan gagal menggugat prestasi skuad double negara yang berjaya membawa Malaysia ke pentas akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Gandingan duo negara, Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Mohd Nordin menggunakan segala kelebihan berjaya membenam pasukan Myanmar dengan kemenangan straight set 15-10, 17-16.
Walaupun Malaysia menerima tentangan sengit terutama di set kedua namun itu bukan halangan buat pemain memberi aksi terbaik di hadapan hampir 1,000 penyokong di Stadium Titiwangsa malam ini.
Menurut Noraizat Nordin, dia sama sekali tidak melayan provokasi pemain Myanmar sebaliknya terus fokus kepada sasaran untuk menang.
“Saya bagitau Aidil Aiman jangan layan dan ikut rentak lawan. Cuma fokus kepada pemainan kita. Alhamdulillah kami membuktikan kami menang juga akhirnya,” katanya disini hari ini.
Pada perlawanan akhir esok, Malaysia bakal berdepan satu lagi saingan besar iaitu Thailand yang terlebih dahulu mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan Indonesia dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








