BERITA SEMASALUAR NEGARA

Malaysia usaha raih jawatan presiden UN-Habitat penggal 2026–2029

NAIROBI – Malaysia secara rasmi mengemukakan hasrat untuk merebut jawatan Presiden Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi penggal 2026 hingga 2029.

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pelbagai strategi serta perancangan rapi telah disusun sejak dua tahun lalu termasuk mengadakan pertemuan dua hala bersama pemegang jawatan semasa iaitu Mexico; tuan rumah Forum Bandar Sedunia 2026, Azerbaijan serta rakan strategik, Iran.

“Sebaik tiba di Nairobi, Kenya, delegasi negara yang diketuai oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, terus memulakan persiapan akhir bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai calon Presiden UN-Habitat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kor Ming turut menyampaikan ucapan dalam satu mesyuarat pelbagai hala yang membincangkan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), anjuran bersama Itali dan UN-Habitat.

Dalam satu pertemuan dua hala di Ibu Pejabat UN-Habitat, Malaysia menyatakan komitmen untuk menimba pengalaman daripada kepimpinan Mexico sejak 2019 serta mendapatkan sokongan bagi pencalonan negara.

Pertemuan itu turut disertai Setiausaha Agung Hal Ehwal Pelbagai Hala dan Hak Asasi Manusia Mexico, Enrique Javier Ochoa Martínez.

Kor Ming dalam pertemuan itu memberi jaminan bahawa Malaysia komited untuk meneruskan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan kepimpinan terdahulu serta memperkukuh kerjasama pelbagai hala di bawah kerangka UN-Habitat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button