Malaysia perlu bersedia hadapi gangguan perdagangan susulan konflik Asia Barat – Johari
KUALA LUMPUR – Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi gangguan aliran perdagangan susulan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebarang peperangan pasti memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan serta pergerakan perdagangan global.
“Apabila berlaku peperangan, ia tentu menjejaskan aliran perdagangan kita. Ada laluan tertentu yang tidak boleh dimasuki kapal dan pesawat juga terpaksa berpatah balik.
“Ini antara gangguan kepada ekonomi kita,” katanya ketika ditemui pada Program Ramadan Outreach: Komuniti Bubur Lambuk 2026 dan majlis berbuka puasa anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan, di sini semalam.
Menurut beliau, kesan tersebut bukan hanya dirasai Malaysia, sebaliknya semua negara akan berdepan risiko lebih tinggi dan kemungkinan terpaksa menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh.
“Jika konflik ini berlarutan, ekonomi global pasti terkesan,” katanya lagi.
Johari turut berkata, kementerian masih menilai situasi semasa, namun mengakui akan ada impak tertentu sekiranya ketidaktentuan berpanjangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








