BERITA SEMASA

Malaysia, Bangladesh perkukuh kerjasama strategik pendidikan tinggi

KUALA LUMPUR – Perbincangan dua hala antara Malaysia dan Bangladesh membuka lembaran baharu ke arah pengukuhan kerjasama strategik dalam sektor pendidikan tinggi meliputi aspek kepimpinan, mobiliti pelajar, edutourism dan jaminan kualiti akademik.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi Bangladesh yang diketuai oleh Special Envoy on International Affairs to the Chief Adviser of Bangladesh, Tuan Yang Terutama (TYT) Lutfey Siddiqi bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di ibu negara, semalam.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),
pertemuan itu menjadi platform penting dalam merintis kerjasama strategik yang menjurus kepada pemerkasaan institusi pengajian tinggi kedua-dua negara.

“Kerjasama ini turut memperkukuh kefahaman rentas budaya dalam kalangan pelajar dan tenaga akademik,” kata KPT dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga : ASEAN capai kesepakatan perkukuh pendidikan tinggi serantau

Tambah kenyataan itu, kerjasama yang dibincangkan itu juga dilihat mampu melonjakkan kualiti program pengajian agar selari dengan piawaian antarabangsa melalui perkongsian amalan terbaik dan jaringan kerjasama global yang lebih kukuh.

“Antara fokus utama termasuklah pembangunan kapasiti modal insan, tadbir urus institusi, serta peluang pertukaran pengetahuan menerusi jaringan pendidikan tinggi serantau dan antarabangsa,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, prtemuan tersebut dijangka membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif baharu yang memberi manfaat secara langsung kepada pelajar, institusi dan tenaga pengajar di kedua-dua negara dalam jangka masa panjang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button