BERITA SEMASA

KPT terus pantau pelajar Malaysia di luar negara – Zambry

KUALA LUMPUR – Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dilaporkan berada dalam keadaan selamat walaupun berdepan dengan situasi geopolitik semasa, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar dalam memantau kebajikan dan keselamatan pelajar negara ini di luar negara.

“Kita akan teruskan usaha membantu mereka dan apa sahaja bantuan akan dikendalikan berdasarkan kes demi kes,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) 2026 di ibu negara hari ini.

Beliau menjelaskan, situasi yang dihadapi pelajar berbeza mengikut negara, termasuk dari segi jumlah dan cabaran setempat.

Dalam perkembangan lain, Zambry menegaskan KPT tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk rasuah di institusi pendidikan tinggi (IPT).

Beliau berkata, sebarang isu yang melibatkan penyalahgunaan kuasa atau rasuah di mana-mana IPT sama ada peringkat universiti, politeknik atau lain-lain perlu dipandang serius tanpa mengira skala.

Katanya, KPT sentiasa memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan atau semakan kes, selain merujuk kepada Jabatan Audit Negara bagi perkara berkaitan penggunaan sumber kewangan dan pelaksanaan projek.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button