Malaysia Airlines sambung sementara penerbangan pegi balik ke Jeddah, Madinah
KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan, Malaysia Airlines secara sementara menyambung semula penerbangan pergi-balik ke Jeddah (JED) dan Madinah (MED) mulai esok hingga Ahad (4-8 Mac) susulan penggantungan perkhidmatan sejak 28 Februari lalu akibat penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat.
Syarikat itu bagaimanapun berkata, penerbangan ke Doha (DOH) akan terus digantung sehingga Sabtu (7 Mac) laluan tersebut masih melalui penilaian keselamatan.
Semua penerbangan lain, termasuk ke London (LHR) dan Paris (CDG), tetap beroperasi mengikut jadual melalui laluan alternatif yang jauh dari zon konflik.
Penerbangan esok bagi MH156 perjalanan Kuala Lumpur-Jeddah dijadual berlepas pukul 9 pagi dan tiba pada pukul 1.40 tengah hari waktu tempatan, sementara penerbangan MH157 (Jeddah-Kuala Lumpur) pada pukul 3.10 petang (tiba 5.10 pagi).
Penerbangan seterusnya pada hari yang sama akan membabitkan MH156 (Kuala Lumpur-Jeddah) dengan waktu pelepasan pada pukul 7 malam, sementara perjalanan Jeddah-Kuala Lumpur melalui MH157 adalah pada keesokan harinya (Khamis) pada pukul 1.10 pagi.
Seterusnya, MH150 bagi perjalanan Kuala Lumpur-Jeddah pada 8 Mac dijadual berlepas pukul 1 tengah hari dan MH151 (Jeddah–Kuala Lumpur pada pukul 7.10 malam.
Bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Madinah, penerbangan MH158 akan berlepas pukul 3.35 petang dan kembali dengan penerbangan MH159 pada pukul 9.30 malam.
Melalui penerbangan hari jumaat pula, Malaysia Airlines akan beroperasi melalui MH152 bagi perjalanan Kuala Lumpur-Madinah pada pukul 10.15 pagi dan kembali dengan ke tanah air dengan MH153 pada pukul 4.05 petang dan dijangka tiba pukul 6 pagi.
Dalam pada itu, perkhidmatan selepas 8 Mac masih tertakluk kepada semakan lanjut dan diselaraskan mengikut situasi.
Penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan dan dibantu dengan pengaturan perjalanan alternatif sekiranya diperlukan.
Pada masa sama, Malaysia Airlines menekankan keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal sebagai keutamaan.
Langkah proaktif diambil termasuk penggunaan laluan alternatif, koordinasi rapat dengan pihak berkuasa penerbangan, pengukuhan prosedur keselamatan, dan maklumat tepat masa untuk penumpang.
Penumpang dinasihatkan mengemas kini maklumat hubungan melalui ‘My Booking’ atau mendapatkan bantuan melalui Live Chat laman web Malaysia Airlines, atau menghubungi Pusat Perhubungan Global di 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (luar Malaysia).
Malaysia Airlines terus memantau perkembangan dan akan mengambil semua langkah perlu bagi memastikan operasi selamat dan boleh dipercayai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















