
Trump umum tiga kompleks nuklear Iran musnah sepenuhnya
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, kompleks pengayaan nuklear Iran di Fordow, Natanz, dan Esfahan sudah “dimusnahkan sepenuhnya dan secara mutlak”.
Beliau berkata demikian dalam ucapan singkatnya secara langsung dari Rumah Putih, hari ini.
Beliau menyifatkan serangan itu sebagai “satu kejayaan ketenteraan yang menakjubkan” dan menambah Iran kini tiada pilihan lain selain daripada memilih jalan damai.
“Akan ada keamanan, atau satu tragedi untuk Iran, yang jauh lebih dahsyat daripada apa yang kita saksikan dalam lapan hari kebelakangan ini,” katanya.
Trump turut merakamkan penghargaan kepada anggota tentera Amerika yang terlibat dalam operasi tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan serangan AS ke atas Iran sebagai “perang yang (berpotensi) merebak dengan berbahaya di rantau yang dibelenggu ketegangan dan satu ancaman langsung kepada keamanan serta keselamatan antarabangsa.”
BACA LAGI
AS bom Iran
Trump gelar Iran ‘pembuli Timur Tengah’, ancam kemusnahan lebih dahsyat
“Terdapat lebih banyak risiko bahawa konflik ini boleh menjadi tidak terkawal dengan pantas yang akan mendatangkan akibat yang amat dahsyat terhadap orang awam, rantau ini, dan dunia.
“Pada saat genting ini, amat penting untuk mengelak daripada terjerumus ke dalam keadaan huru-hara. Tiada penyelesaian melalui ketenteraan. Satu-satunya jalan ke hadapan ialah diplomasi.
“Satu-satunya harapan ialah keamanan,” kata Guterres dalam satu kenyataan.
Terdahulu, AS melancarkan serangan ke atas tiga pusat pengaayaan bahan nuklear Iran yang terletak di Fordow, Natanz, dan Esfahan.
Dalam serangan itu, Angkatan Udara AS (USAF) dipecayai menggugurkan antara lima hingga enam butir bom bunker buster diikuti dengan 30 peluru berpandu krus Tomahawk yang dilancarkan daripada kapal selam.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment