LUAR NEGARA

Trump gelar Iran ‘pembuli Timur Tengah’, ancam kemusnahan lebih dahsyat

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggelar Iran “pembuli Timur Tengah” dan memberi amaran negara itu bakal berdepan kemusnahan lebih besar sekiranya tidak mahu berdamai.

“Akan ada sama ada perdamaian, atau tragedi yang jauh lebih dahsyat menanti Iran berbanding apa yang telah kita saksikan sepanjang lapan hari lalu.

“Ingat, masih banyak sasaran yang belum disentuh. Malam tadi adalah yang paling sukar, dan mungkin yang paling berbahaya, tetapi jika perdamaian tidak dicapai dengan segera, kami akan menyasarkan lokasi-lokasi lain itu dengan ketepatan, kepantasan dan kecekapan,” katanya ketika menyampaian Ucapan Negara di rangkaian televisyen AS, sebentar tadi, lapor The Guardian.

Terdahulu, AS melancarkan serangan ke atas tiga pusat pengayaan bahan nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan.

Difahamkan, serangan dilancarkan menggunakan pesawat pengebom halimunan B-2 yang menggugurkan bom bunker buster dan 30 peluru berpandu krus Tomahawk yang dilancarkan daripada kapal selam.

Trump kemudiannya turut memuji Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sambil berkata, mereka telah bekerja sebagai “satu pasukan”.

“Kami bekerjasama sebagai satu pasukan, mungkin lebih rapat daripada mana-mana pasukan sebelum ini, dan kami telah melangkah jauh dalam usaha menghapuskan ancaman mengerikan terhadap Israel ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tentera Israel atas tugas cemerlang yang mereka laksanakan,” kata Trump lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button