LUAR NEGARA

Beberapa negara sedia bekalkan kepala peledak nuklear kepada Iran – Medvedev

MOSCOW – Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Russia, Dmitry Medvedev mendakwa beberapa negara sedia membekalkan Iran dengan kepala peledak nuklear sekiranya diminta.

Medvedev yang juga bekas presiden Russia membuat dakwaan demikian di saluran Telegram miliknya, semalam.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan negara yang didakwa sedia berbuat demikian.

Beliau turut mempersoalkan keberkesanan operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) semalam, sambil menyatakan ia gagal mencapai sebarang objektif yang signifikan.

BACA LAGI
AS bom Iran
Trump umum tiga kompleks nuklear Iran musnah sepenuhnya
AS guna 7 pengebom halimunan B2 serang kompleks nuklear Iran

“Prasarana kritikal dalam kitaran bahan api nuklear nampaknya tidak terjejas atau hanya mengalami kerosakan kecil,”

“Pengayaan bahan nuklear, dan kini kita boleh nyatakan secara terbuka, pengeluaran senjata nuklear pada masa hadapan, akan tetap diteruskan,” katanya lagi tanpa menjelaskan dengan lebih terperinci maksud disebalik kata-katanya itu.

Dalam operasi semalam, AS mengebom tiga kompleks nuklear Iran di Fordow, Natanz, dan Esfahan bagi melumpuhkan program nuklear negara itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button