LUAR NEGARA

AS bom Iran

LONDON – Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah mengebom tiga pusat pemprosesan bahan nuklear milik Iran, awal pagi tadi, lapor The Guardian.

Perkara itu disahkan Presiden AS, Donald Trump dalam satu hantaran di akaun X miliknya, sebentar tadi.

“Kami berjaya menyerang tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz, dan Esfahan.

“Semua pesawat kini berada di luar ruang udara Iran. Muatan penuh bom telah digugurkan ke atas tapak utama, Fordow. Semua pesawat sedang dalam perjalanan pulang dengan selamat,” kata Trump dalam hantaran tersebut.

Sementara itu, rangkaian berita Fox News berkata, dalam serangan itu, Angakatan Udara AS (USAF) menggugurkan enam butir bom bunker buster diikuti dengan 30 peluru berpandu krus Tomahawk yang dilancarkan daripada kapal selam.

Serangan itu merupakan satu langkah berisiko yang boleh mencetuskan konflik serantau yang lebih meluas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button