BERITA SEMASA

LKAN: 17 projek pembangunan KPM berstatus lewat kini siap

PUTRAJAYA – Sebanyak 17 daripada 46 projek di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) yang sebelum ini berstatus lewat seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 3 Tahun 2025 telah berjaya disiapkan setakat ini.

Menurut KPM, daripada keseluruhan projek tersebut, 19 daripadanya kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan iaitu tiga projek Dahulu Jadual, lapan projek Ikut Jadual, tiga projek Lewat Jadual dan lima lagi dalam proses tender semula.

“Baki 10 projek masih kekal berstatus lewat (sakit),” katanya dalam kenyataan semalam.

Baca juga : LKAN 3: Maritim Malaysia belanja lebih RM300 juta untuk kapal usia 11 hingga 30 tahun ke atas

KPM menegaskan, pihaknya sentiasa berusaha memastikan semua projek pembangunan pendidikan dilaksanakan dengan baik dan memberi manfaat kepada masyarakat.

“Antara langkah yang dilaksanakan KPM bagi menangani isu ini adalah dengan melakukan pemantauan rapi di tapak dan melalui mekanisme penyelarasan pelaksanaan pembangunan negara.

“Sesi libat urus turut diadakan dengan semua pemegang taruh secara berkala termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan penyedia utiliti,” ujarnya.

Semalam, LKAN mendedahkan sebanyak 46 projek pembangunan bawah KPM di seluruh negara berstatus lewat sehingga 31 Disember 2024.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button