BERITA SEMASADALAM NEGERI

KPM perkenal Akademi Bahasa MADANI di semua SBP

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan akan menubuhkan Akademi Bahasa Madani secara berperingkat-peringkat di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif itu adalah sebagai usaha memperkukuh kemahiran berbahasa dan pengucapan awam dalam kalangan pelajar yang bakal menyertai Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri edisi akan datang.

Beliau berkata, kewujudan akademi itu selain memberi ruang latihan akan menjadi platform melatih pelajar menyusun dan menyampaikan pandangan dengan penuh keyakinan, kematangan dan beradab.

Katanya, tumpuan akan diberikan kepada latihan, pemberdayaan dari sudut intelektual, hujah kritis dan latihan berterusan untuk memastikan murid terbabit, khususnya di sebanyak 72 SBP mendapat ruang dan peluang sama untuk dilatih dalam akademi berkenaan.

“Ini menjadi agenda utama kita menuju Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang akan datang,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Fadhlina berkata demikian selepas Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Pertandingan akhir itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button