LUAR NEGARAJENAYAH & MAHKAMAHPOLITIK

Lelaki tikam pemimpin pembangkang Korea dihukum penjara 15 tahun

SEOUL – Lelaki yang menikam pemimpin Parti Demokrat pembangkang Korea Selatan pada Januari lalu dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun oleh mahkamah negara itu hari ini.

Menurut laporan agensi berita Yonhap, hakim menyatakan insiden yang berlaku menjelang pilihan raya umum itu adalah jenayah serius yang mencemar prinsip demokrasi.

Pendakwa raya sebelum itu meminta hukuman penjara selama 20 tahun dikenakan kepada penyerang yang hanya dinamakan sebagai ‘Kim’.

Insiden itu berlaku ketika Lee Jae-myung, baru sahaja meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Demokrat selepas dituduh dengan skandal rasuah .

Dalam kejadian itu, Lee ditikam di leher semasa lawatan ke selatan bandar Busan.

Video kejadian menunjukkan seorang lelaki yang memakai mahkota kertas dengan tulisan nama Lee mendekati mangsa untuk meminta autograf sebelum menerjah dan menikam lehernya.

Serangan tersebut telah dikutuk sebagai tindakan keganasan dan ancaman kepada demokrasi oleh Presiden Yoon Suk Yeol serta ahli politik dari kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang.

Lee yang kalah tipis dalam pilihan raya presiden 2022 sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah yang dinafikannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button