Tiada tangkapan dilakukan sepanjang himpunan pembangkang – KPN
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada tangkapan dilakukan berhubung perhimpunan anjuran pembangkang yang disertai kira-kira 18,000 peserta di ibu negara semalam.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, perhimpunan tersebut berlangsung dalam suasana aman dan terkawal tanpa sebarang insiden yang membahayakan ketenteraman awam.
Menurut beliau, seramai 3,000 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta pelbagai jabatan di Bukit Aman dikerahkan untuk memudahkan perjalanan perhimpunan tersebut.
“Sepanjang perhimpunan itu, PDRM kekal komited dalam memastikan keselamatan awam terpelihara.
“Semua elemen kawalan dilaksanakan dengan profesionalisme dan beretika, mencerminkan pendekatan tenang dan bertanggungjawab PDRM dalam memastikan ruang demokrasi dipenuhi dengan cara yang selamat dan berhemah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mohd Khalid turut menegaskan PDRM sentiasa berusaha untuk memastikan ketenteraman awam, keselamatan negara serta hak rakyat dilindungi secara adil, berhemah dan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Perhimpunan tersebut menyaksikan peserta berkumpul secara berperingkat bermula pukul 10.30 pagi di beberapa lokasi tumpuan termasuk pusat beli-belah Sogo, Masjid Negara, Masjid Jamek dan Pasar Seni sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka pada pukul 2 petang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








