
Pembangkang belum utus surat mohon peruntukan – TPM Fadillah
CYBERJAYA – Pihak pembangkang sehingga kini masih belum menghantar sebarang permohonan peruntukan walaupun dipelawa berbuat demikian oleh kerajaan.
Perkara itu didedahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kata portal FMT.
“Dia orang tidak ada hantar surat permohonan sampai sekarang,” kata Fadillah dalam laporan tersebut.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Ahli Parlimen pembangkang yang menuntut peruntukan wakil rakyat tetapi enggan berbincang dengan kerajaan bagi merealisasikan perkara itu.
Mengingatkan bahawa perbincangan sama pernah dilakukan ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, Anwar berkata kerajaan melantik Fadillah untuk perbincangan tersebut.
Sebelum ini, kerajaan menegaskan ia secara dasar bersedia memberikan peruntukan kepada pembangkang namun hanya membabitkan perbelanjaan berkaitan hal pentadbiran.
Pada 6 April, Malaysia Tribune yang memetik portal BH Online melaporkan, pihak pembangkang bersetuju berjumpa dengan Fadillah bagi membincangkan pemberian peruntukan tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








