BERITA SEMASA

Syed Saddiq guna sumbangan RM255,000 untuk Muar

MUAR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menyalurkan sumbangan berjumlah RM255,000 yang diterimanya baru-baru ini untuk pelbagai inisiatif di kawasan parlimennya.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook, sumbangan itu akan digunakan untuk membantu meringankan beban masyarakat terutama dalam menyediakan bantuan sepanjang musim perayaan Aidiladha dan untuk sokongan pendidikan anak-anak Muar.

Syed Saddiq berkata, antara program yang akan dijalankan adalah penyediaan 10 ekor lembu korban dan minuman bagi manfaat 1,000 orang dan pengagihan 350 set bantuan foodbank besar.

Selain itu, beliau turut mengumumkan penyerahan 15 laptop kepada pelajar yang memerlukan dan tajaan RM100,000 untuk program tuisyen percuma bagi anak-anak Muar yang berpotensi.

“Walaupun peruntukan Parlimen Muar telah disekat selama lebih 600 hari, saya bersyukur kerana pintu rezeki dari Allah tetap terbuka luas dan saya dapat meneruskan misi membantu rakyat,” kata Syed Saddiq.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terus memberikan sokongan kepada beliau sambil berharap sumbangan itu dapat memberi manfaat kepada komuniti Muar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button